Hi Fans,
We've been working hard to present Upin & Ipin Universe to the world and we're glad that it's finally here. It’s been a week since launch, and we wanted to give you an update on why we’ve been a bit quiet. We’ve been heads down, reading your feedback, squashing bugs, and working hard to improve the game experience.
We want to address two major concerns: Pricing & Demonetization of Streamers:
Our team has invested a tremendous amount of time and effort to create an experience that meets the expectations of Upin & Ipin fans around the world. We believe the current pricing reflects the quality and value of the game. Please know that more content is on the way, content that will expand and enrich the universe, but it takes time to develop and release properly. We truly appreciate your patience and support as we continue building.
We’re aware that some streamers have been demonetized due to copyright flags. We are working on a solution, like a Streamer Mode, but need more time. Please be aware that all in-game music is copyrighted and may be automatically flagged by streaming platforms. To avoid this, we recommend muting the music while streaming. The best approach is to always follow the guidelines of the platform you’re using to stay safe.
Last weekend, we released our first major patch. This weekend, we’ll be rolling out another update focused on additional fixes and quality-of-life improvements.
Open world games are challenging to launch, and we also experienced our fair share of surprises. Several critical issues surfaced which we will be tackling over the coming weeks as patches regularly roll out. Key concerns voiced by the community are 2-player camera, bike and rendering issues on PS4 & Switch in particular.
For the full list of updates and what’s coming next, be sure to join our Discord community. You’ll be the first to hear about new features, patch notes, and ongoing support. We’re incredibly grateful to everyone who’s taken the time to share constructive feedback and support the team. This game has been a labor of love for years, and we’re just getting started.
Soon, we’ll be sharing our roadmap and how we plan to continue supporting and expanding the game.
Most importantly, we want to keep building with you, the longtime fans of Upin & Ipin, and the new fans discovering the twins for the first time. As more players join from around the world, we welcome your questions about the game, the culture, and anything you’re curious about. This is our way of sharing a little piece of Malaysia with the world, and celebrating all the amazing things the region has to offer.
So get ready. The journey’s just beginning.
Thank you for being part of it, and let’s keep playing!
Yes, Yes, Yes!
— Dev Team @ Streamline Studios / Les' Copaque
---
Salam hormat buat komuniti Upin & Ipin Universe,
Kami sangat teruja dapat memperkenalkan Upin & Ipin Universe kepada dunia! Terima kasih atas sokongan, maklum balas dan kesabaran anda. Sepanjang minggu ini, pasukan kami fokus sepenuhnya pada penambahbaikan permainan termasuk pembetulan bug dan penyesuaian berdasarkan komen anda semua.
2 isu utama yang ingin kami sentuh:
Pasukan kami telah melaburkan masa dan usaha yang besar untuk membina pengalaman yang memenuhi jangkaan peminat Upin & Ipin dari seluruh dunia. Harga semasa mencerminkan kualiti dan nilai permainan ini. Kami ingin anda tahu bahawa lebih banyak kandungan akan datang yang akan mengembangkan lagi dunia ini. Tapi semua itu perlukan masa untuk dibangunkan dan dilancar dengan baik. Kami sangat hargai kesabaran dan sokongan anda sepanjang proses ini.
Kami juga sedar ada penstrim (streamer) yang menghadapi isu disebabkan tanda hak cipta pada muzik dalam permainan. Kami sedang usahakan penyelesaian seperti Streamer Mode, namun ia akan ambil sedikit masa. Buat masa ini, muzik dalam permainan mungkin ditandakan (flag) secara automatik oleh platform penstriman. Untuk elak masalah ini, kami cadangkan agar muzik dimatikan semasa penstriman dan sentiasa ikut garis panduan platform yang digunakan.
Pada hujung minggu lalu, kami telah melancarkan patch pertama. Hujung minggu ini, satu lagi kemas kini akan diperkenalkan, dengan fokus kepada pembetulan tambahan serta penambahbaikan kualiti pengalaman bermain.
Kami sedar bahawa pelancaran permainan dunia terbuka datang dengan cabarannya tersendiri dan kami juga tidak terkecuali. Beberapa isu kritikal telah dikenal pasti dan akan ditangani secara berperingkat melalui patch yang dijadualkan dalam minggu-minggu akan datang. Antara isu utama yang dibangkitkan oleh komuniti termasuk kamera dua pemain, basikal, serta masalah rendering, khususnya pada platform PS4 dan Switch akan diperbaiki segera.
Untuk maklumat terkini serta ciri-ciri baharu yang akan datang, jangan lupa sertai komuniti Discord kami!
Anda akan menjadi antara yang pertama mengetahui tentang kemas kini, nota patch, dan pelan penambahbaikan yang sedang dirancang.
Kami amat menghargai setiap maklum balas membina dan sokongan berterusan daripada anda semua.
Permainan ini merupakan hasil usaha penuh dedikasi dan komitmen selama bertahun-tahun dan ini
hanyalah permulaan.
Dalam masa terdekat, kami akan berkongsi hala tuju permainan ini serta rancangan kami untuk terus
menyokong dan mengembangkannya.
Paling utama, kami ingin terus membina dunia ini bersama anda peminat setia Upin & Ipin, serta pemain baharu yang baru mengenali pasangan kembar ini. Dengan semakin ramai pemain dari seluruh dunia menyertai komuniti ini, kami mengalu-alukan segala pertanyaan anda sama ada tentang permainan, budaya, atau apa sahaja yang ingin anda ketahui. Inilah cara kami berkongsi sebahagian kecil keunikan Malaysia dengan dunia, sambil meraikan keindahan rantau ini bersama-sama.
Geng, pengembaraan baru bermula dan yang luarbiasa masih menanti!
Terima kasih kerana bersama kami. Teruskan bermain, teruskan menjelajah dunia Upin & Ipin Universe!
Betul, betul, betul!
— Pasukan Pembangunan Upin & Ipin Universe
@ Streamline Studios / Les’ Copaque